WakeUP project

Showing posts with label budak hilang. Show all posts
Showing posts with label budak hilang. Show all posts

8/14/2013

[lagi budak hilang] 3 beradik hilang di ipoh di temui di gombak

IPOH: Tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Meru, di sini, sejak 6.30 petang semalam, ditemui dalam keadaan selamat di ibu negara malam tadi.
Jurucakap polis berkata, ketiga-tiga mereka iaitu Syafaruddin Syazwan Rizauddin, 11; Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiah, 6, ditemui kira-kira jam 9 malam.
Mereka kemudian dibawa ke di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

"Polis masih menjalankan siasatan bagaimana mereka boleh berada di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi, di sini, tengah malam tadi.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini dipercayai hilang antara jam 2 hingga 6 petang kelmarin ketika ibu mereka keluar bekerja.

Sementara itu, bapa tiga beradik itu, Rizauddin Md Zain berkata, dia bersyukur ketiga-tiga mereka ditemui selamat walaupun masih hairan bagaimana mereka boleh pergi sejauh itu.

"Saya dihubungi seorang pegawai polis dari IPK Perak memberitahu mereka sudah ditemui," katanya.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi ibu dan bapa saudara mereka tidak berjaya.


 semoga mereka ditemui dgn selamat

8/05/2013

[Budak Hilang] Aisyah ditemui selamat di Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak, Wan Aisyah Wan Exzam,3, yang dilaporkan hilang di Rawang semalam telah ditemui semula, hari ini.

Wan Aisyah di serahkan di balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11:30 pagi tadi.
Menurut sumber, ibu kepada suspek yang diburu polis itu datang menyerahkan kanak-kanak tersebut.
Katanya, hasil temu bual dengan warga emas itu dia mengatakan bahawa anaknya 
menghilangkan diri sebaik menyerahkan Aisyah kepadanya.
"Wanita itu memberitahu kira-kira pukul 5 pagi anak lelakinya itu datang ke rumah 
mereka di Teluk Kumbar dengan kanak-kanak itu.

" Dia menyuruh ibunya menyerahkan Aisyah kepada pihak polis 
dan terus menghilangkan diri,"katanya.
Jelasnya lagi, pihak polis kini memburu suspek yang bernama 
Shahrizal Yusof, 43 bagi membantu siasatan.
 Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.
Katanya, kes ini akan di siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
"Kita telah menelefon ibunya seorang guru di Rawang untuk datang dan mengambil anak semula,"ujarnya. - KOSMO!

[Kanak-Kanak Hilang] Di Mana Aisyah?

 
Mohon Sebar!

Sebarkan.. Cikgu Arbaiyah dah bantu ribuan murid, kini dia dalam kesusahan. jom kita bantu, paling tidak dengan sekelumit doa dan share berita ini.
Lokasi Hilang JUSCO RAWANG
Suspek Sharizal Yusoff (Viva Putih BLC 1894)
Siapa yang kerja atau kawan kerja dengan JPJ mungkin boleh minta tolong Trace No Plat Viva Putih BLC 1894
"Anak ini dilarikan pada Selasa lepas. Masih belum ditemui.

Mohon sebarkan dan doakan. Untung-untung rezeki lailatul qadr, Aisyah dapat kembali ke pangkuan ibunya dengan selamat. Amin, amin ya Rabb."
-Azzah Abdul Rahman

Suspek Culik Aisyah Di Kesan

Sebentar Tadi Aku Check IC Mamat Sharizal Nie Kat SPR Tak Wujud Pon.. Mungkin dia tak pernah daftar mengundi.. Biar Betol Hangpa nie.. Jangan Silap Orang Dah la.. Tapi tak pa nie baru suspek kan.. Muka pon iras-iras.. 
Mohon kepada yang menyebarkan pengumuman penting di FB, supaya posting disetkan untuk Public. Supaya apabila ada rakan yang share, semua orang dapat baca.

Terima kasih.