WakeUP project

8/27/2013

Jangan, jangan dan jangan

Jangan sengaja lewatkan solat. 
Perbuatan ini Allah tidak suka.
 Kalau tertidur lain cerita.

Jangan
 masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). 
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
 
Jangan
 makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. 
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah 
digunakan tidak berbasuh. 
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal 
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. 
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
 
Jangan
 pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. 
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. 
Nanti hati kita gelap
 
diselaputi dosa.
 
Jangan
 menangguh taubat bila berbuat 
dosa kerana mati boleh datang
 
bila-bila masa.
 
Jangan
 ego untuk meminta maaf pada 
ibu bapa dan sesama manusia
 kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan 
taulan. Nanti rosak persahabatan kita 
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti 
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
 
Jangan
 bakhil untuk bersedekah. 
Sedekah itu memanjangkan umur
 dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
 
Jangan
 biasakan berbohong, kerana ia adalah 
ciri-ciri munafik dan
 
menghilangkan kasih orang kepada kita.
 
Jangan
 suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa 
makhluk yang teraniaya
 
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama
 
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik 
untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

No comments:

ALL POST