WakeUP project

Showing posts with label MESIR. Show all posts
Showing posts with label MESIR. Show all posts

9/19/2013

Kerajaan Sementara Mesir Mengiktiraf Pencapaian Ekonomi Mursi

Kerajaan sementara yang disokong oleh tentera telah mengiktiraf pencapaian ekonomi Mesir semasa pemerintahan Presiden Muhammad Mursi. Pengiktirafan ini adalah susulan tempoh dimana rakyat awam menentang kerajaan Mursi, termasuklah tuduhan salah mengendalikan ekonomi Mesir. 

Walau bagaimanapun, kerajaan sementara telah mengiktiraf keputusan ekonomi Mursi ketika mana beliau merendahkan defisit perdagangan dan menaikkan eksport asing. Laporan bulanan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa ketika pemerintahan Presiden Mursi dan kerajaannya dengan pimpinan Perdana Menteri Mesir Hisham Qandil ekonomi Mesir telah meningkat.

Laporan mendedahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merekodkan pertambahan pendapatan negara sebanyak 2.3 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama untuk tahun 2013-2013, berbanding hanya 1.8 peratus dalam tempoh yang sama untuk tahun yang lepas. Laporan menambah keseluruhan defisit bajet untuk tahun kewangan 2013-2014 ialah 9.1 peratus atau 186 bilion pound Mesir. 

Malah, kadar pertumbuhan tahunan untuk kecairan domestik berterusan meningkat sehingga akhir Mei 2013, untuk mencapai 18.8 peratus berbanding purata pertumbuhan tahunan sebanyak 18.3 peratus pada akhir April 2013. Pertumbuhan ini digalakkan dengan penambahan aset bersih domestik, terutamanya liabiliti bersih kerajaan, barang-barang keperluan pengguna dan kredit yang diberikan kepada sektor swasta.

Laporan juga menyifatkan pertumbuhan bagi pendapatan negara tahun 2012-2013 disebabkan oleh; kenaikan pembayaran gaji yang lebih besar untuk pekerja sebanyak 7.8 bilion pound menghampiri keseluruhan pembayaran gaji sebanyak 60.5 bilion pound; kenaikan 3.4 bilion pound untuk pembayaran gaji tetap menghampiri 23.3 bilion pound, dan kenaikan 5.9 bilion pound untuk elaun kualiti menghampiri 17 bilion pound.

Subsidi, geran dan faedah sosial kesemuanya meningkat hasil daripada 24.5 bilion pound subsidi tambahan kepada produk petroleum, menghampiri 120 bilion pound. Sumbangan keselamatan sosial dan pencen untuk dana pencen meningkat sebanyak 10.2 bilion pound.

CAPMAS (Central Agency for Public Mobilization and Statistics) mendedahkan ketika pemerintahan Mursi, defisit imbangan perdagangan menurun ketika bulan Mei tahun lepas mencecah 16.21 bilion pound berbanding 23.05 bilion pound pada bulan yang sama tahun 2012, penurunan sebanyak 29.7 peratus.

Eksport Mesir meningkat sebanyak 3.1 peratus mencecah 16.83 bilion pound pada bulan Mei 2013 berbanding 16.33 bilion pound pada bulan yang sama tahun lepas. Peningkatan ini disebabkan oleh nilai yang tinggi untuk beberapa barangan seperti minyak mentah, baja, buah-buahan segar, oren, pasta dan beberapa produk makanan.

Sumber : Middle East Monitor
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

9/05/2013

MESTI TONTON :: Hari ini Seperti yang telah Rasulullah SAW Khabarkan

Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengemuruni kamu (umat Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya, ‘Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” [Riwayat Abu Daud]

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Sepertimana kita lihat umat Islam pada ketika ini berjumlah lebih kurang 1.6 billion seluruh dunia tetapi kita dijadikan seperti ‘lauk di dalam talam’ oleh orang kafir. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya.

b. Hadis ini merupakan motivasi kepada seluruh umat Islam agar bangkit dan kembali dengan sebenar-benar kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya hanya menyerah dan lembik kepada orang kafir.

c. Allah yang Maha Agung akan mencabut kemuliaan orang Islam apabila umat Islam cenderung kepada cinta dunia (tamak, rakus dan cinta pada harta umumnya) dan takut mati (leka dan lupa pada hari pembalasan dan takut berjihad di jalan Allah yang Maha Tinggi).

8/28/2013

KEMPEN R4BIA Mesir :: Lagu "R4BIA: Untukmu Mesir Pray For Egypt"

KEMPEN R4BIA Mesir
Song by 
Scarabeuz & Omima
with English subtitles 
dan serikata bahasa melayu



8/27/2013

Mesir Berdarah :: Penangkapan Dr Usamah Yasin bekas Menteri Belia

Kudeta meneruskan lagi serangan ganas ke atas orang kenamaan Mesir. Pada awal pagi Isnin, angkatan polis telah 
menangkap Dr Osama Yasin bekas Menteri Belia.

Muhammad, anak Dr Osama turut memberi ulasan berita 
penangkapan ayahnya. Katanya : " Selepas mendapat kepastian 
tentang berita penangkapan ayah saya, sekarang ini saya 
menunggu gambar yang memaparkan wajahnya tersenyum. Ya 
Allah teguhkanlah dirinya "

Dikatakan semua pemimpin Ikhwan Muslimin yang ditangkap 
oleh penguasa zalim kudeta membawa gambar mereka bersama 
bagi meneguhkan hati para revolusi di setiap tempat. 
Sebagaimana tingginya bibir mereka untuk mengukir senyuman 
begitu juga tingginya keyakinan mereka terhadap pertolongan 
Allah swt kepada hambaNya yang membela kebenaran, bersabar dan beriman.

Sumber : Egypt Window

8/23/2013

MESIR BERDARAH:: Ikhwan Muslimin pergerakan aman? :: Sesi temubual BBC bersama Dr Tariq Ramadhan


Sesi temubual BBC bersama Dr Tariq Ramadhan cucu pengasas Ikhwan Muslimin, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

Pemberita : Bagaimana kamu boleh yakin bahawa Ikhwan Muslimin adalah satu pergerakan yang aman sedangkan ia didakwa menyerang gereja di seluruh Mesir beberapa hari ini?

Dr Tariq Ramadan : Sejak 60 tahun yg lalu, Ikhwan Muslimin sangat dekat dengan Kristian Koptik dan mereka saling melindungi. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sadat dan Mubarak juga telah melakukannya. Mereka tiada bukti untuk mengatakan perkara tersebut.

Pemberita : Jadi kamu tidak percaya bahawa penyokong Ikhwan Muslimin yang telah membakar gereja walaupun mereka marah terhadap Kristian Koptik yang menyokong tentera?

Dr Tariq Ramadan : Sangat kelakar apabila mereka mendakwa menjumpai senjata di Rabiatul Adawiyah tetapi tiada serangan bersenjata yang dilakukan oleh mereka (Ikhwan Muslimin) sejak 5 minggu mereka berhimpun. Inilah yang dilakukan oleh tentera. Lihatlah pada propaganda yang dilakukan oleh seluruh media di Mesir. Mereka mengatakan bahawa Ikhwan Muslimin adalah pengganas. Cara terbaik untuk membenarkan lakonan ini adalah membuat seolah-olah mereka membawa senjata. Ini bukanlah perkara yang baru tetapi telah berlaku pada era Mubarak juga. Mursi telah mengulang sebanyak 60 kali bahawa Kristian Koptik juga adalah rakyat Mesir. Ikhwan Muslimin mungkin bertentangan dengan tentera tetapi mereka pastinya bukan pengganas.

8/21/2013

TG Nik Aziz :: Arab Saudi Belum Tentu Pegang Kunci Kebenaran Sekalipun Menjaga 2 Tanah Suci

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir.

Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera.


Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya.

Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak.

Saya menghormati keilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari.

Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Arab Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera.

Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik ALLAH, tidak di Barat dan tidak Timur.

Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan ALLAH SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran.

Di samping menjaga dua tanah Suci, Arab Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika Syarikat (AS) sekian lama.


Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Arab Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia.

Jika darah Abdullah bin Zubair RA pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini?


Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Arab Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa.

Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan ALLAH SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau.

Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-ALLAH, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas

8/20/2013

Hosni Mubarak Dibebaskan

Mantan Presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut berlaku di saat kekecohan politik di Negeri Piramid tersebut.

Diktator yang berkuasa selama 30 tahun itu menghirup nafas lega, Isnin (19/8) waktu tempatan. New York Times menyatakan, pembebasan tersebut berdasarkan atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kaherah. The Guardian pula melaporkan Hosni Mobarak akan dibebaskan dalam tempoh 48 jam lagi selepas pihak pendakwa telah membersihkan beliau dari tuduhan korupsi, demikian kata peguamnya, Fareed el-Deeb.

Spekulasi beredar sebelumnya mengenai pembebasan tersebut. Dikatakan, pembebasan Mubarak adalah puncak dari strategi tentera mengembalikan kekuasaan para diktator.

Mubarak terlucut dari kerusi kekuasaannya sewaktu revolusi Mesir 2011. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lainnya memaksa penguasa 30 tahun ini untuk turun..

Kejatuhannya Mubarak membuka pintu revolusi di negara-negara Timur Tengah. Sejak 2011, Mubarak ditahan di Penjara Torah di Kaherah.

Mubarak dimasukkan ke penjara dengan banyak sebab. Beberapa adalah, Mubarak adalah penanggung jawab atas terkorbannya ratusan demonstran pada 2011.

Tuduhan lainnya adalah penyalahgunaan kekuasaan. Rejim Mubarak dituduh penuh dengan skandal mega korupsi dan penyalahgunaan-kuasa. Semasa Mursi menjadi presiden, pengadilan kerap gagal membicarakan Mubarak.

Anadolu Agency, Ahad (18/8) memberitakan, badan kehakiman merancang di Kaherah untuk membicarakannya pada Khamis ini(22/8) mendatang.

Maksud Simbol 4


Maksud Simbol 4.

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kemerdekaan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre' yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. 

Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya !

Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan.

"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan !




Dunia telah menyaksikan tragedi kemanusiaan paling besar dalam sejarah Mesir sehingga hari ini. Dalam 3 atau 4 tragedi berasingan Mesir telah menumpahkan darah rakyatnya hampir 4000 orang dan lebih belasan ribu lagi tercedera. Peserta demonstasi yang menuntut hak demokrasi mereka telah berkampung selama sebulan lebih dengan aman tanpa sebarang keganasan dan pertumpahan darah. Walaupun ada pihak yang mendakwa mereka dengan pelbagai tuduhan tetapi mereka gagal menghadirkan bukti selain gambar-gambar dan kenyataan palsu.

Sistem demokrasi menjamin hak bersuara dan berdemonstrasi secara aman. Namun, perhimpunan mereka diserang dengan peluru hidup, dan perkampungan mereka dibakar untuk penghapusan bukti di Medan Rabaah dan Medan An Nahdhah. Kemudian, sekali lagi perhimpunan menuntut bela atas kematian ini di Ramsis diserang yang mengorbankan lagi 300 nyawa. Kudeta terus bermaharaja lela tanpa mengendahkan sebarang tekanan antarabangsa untuk menghentikan penyembelihan ini.

Kami menyeru masyarakat dari seluruh pelusuk dunia untuk bersatu menunjukkan solidariti kita demi setitik nilai demokrasi dan kemanusiaan kepada rakyat Mesir. Masihkah anda ingat bagaimana solidariti dunia membela "hunger strike" rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel mampu memberi kesan yang signifikan sehingga mereka dibebaskan?

Sekarang, menurut kenyataan Al Jazeera (semalam) dianggarkan sudah lebih 85 juta penduduk dunia yang menggunakan Gambar profil (DP) Rabiah turut sama bersolidariti demi nilai kemanusiaan dan demokrasi. Simbol ‪#‎R4BIA‬ yang menjadi lambang solidariti dunia adalah simbolik kemenangan buat rakyat Mesir.

8/19/2013

Mesir berdarah Terkini

[Ringkasan Tentang Apa Yang Berlaku Pada 24 Jam Yang Lalu]


1. Berikutan demonstrasi di Masjid Al Fath di Ramsis yang akhirnya membawa kepada tembak-menembak - sekurang-kurangnya 35 orang tahanan terbunuh semasa dibawa ke penjara. Keadaan sebenar tentang kejadian tersebut masih belum jelas.

2. Beberapa laporan mengatakan bahawa tahanan menjadikan seorang anggota polis sebagai tahanan dan mereka (tahanan) terbunuh selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan mereka. Terdapat agensi lain (dipetik dari MENA) yang menunjukkan bahawa tahanan kemungkinan mati selepas Pasukan Keselamatan bertempur dengan penunjuk perasaan berhampiran penjara.

3. Ikhwanul Muslimin telah mengeluarkan kenyataan bahawa kematian tersebut adalah satu 'pembunuhan'. 
[ Link : http://on.fb.me/16Bi7lh ]

4. Jumlah kematian : Laporan tentang jumlah kematian sejak hari Rabu (selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai) yang lalu masih bercanggah. Sekurang-kurangnya 800 orang telah dibunuh namun angka ini masih belum dapat dipastikan.

5. Pakatan Anti Kudeta meneruskan hari kedua dalam 'Minggu Bantahan'.

6. Sebilangan jumlah demonstrasi oleh Pakatan Anti-Kudeta telah dibatalkan kerana kebimbangan terhadap keselamatan manakala yang lain cuba untuk melanggar perintah berkurung.

7. Ekonomi negara sedang bergelut dan menjadi semakin buruk semasa perintah berkurung ini.

Sumber : Al Jazeera

Sisi bunuh tenteranya yang enggan membunuh rakyat

gambar hiasan
Pihak Tentera Kudeta (rampasan kuasa) sendiri turut melakukan pembunuhan beramai-ramai tentera yang menolak perintah untuk membunuh semua penunjuk perasaan.

Sumber media melaporkan tentang hukuman oleh unit khas As-Sisi yang terlibat secara peribadi dalam barisan tengah tentera Mesir melakukan proses hukuman besar-besaran menangkap mana-mana askar atau pegawai yang bersimpati dengan rakyat Mesir atau tidak menembak penunjuk perasaan secara aman.

PS: Anda lihat dan tafsir sendiri gambar, tentera-tentera kudeta hanya membiarkan sahaja mayat tentera yang mereka tembak bergelimpangan di atas jalan tanpa disusun dan diletakkan dengan elok.

SUMBER

8/16/2013

Mesir berdarah Terkini : Sehingga 8pagi 16 Ogos 2013

Dari Abu Musa dari Nabi SAW yang bersabda : 

"Sungguh, menjelang terjadinya Kiamat ada masa-masa harj." 

Para sahabat bertanya :"Apakah harj itu?" 
Beliau bersabda : "Pembunuhan."

Mereka bertanya :"Apakah lebih banyak jumlahnya dari orang yang kita bunuh? Sesungguhnya kita dalam satu tahun membunuh lebih dari tujuh puluh ribu orang?" 
Beliau bersabda : "Bukan pembunuhan orang-orang musyrik oleh kalian itu, tetapi pembunuhan dilakukan oleh sebagian kalian terhadap sesamanya.

Mereka bertanya : "Apakah pada masa itu kami masih berakal?" 
Beliau bersabda, "Akal kebanyakan manusia zaman itu dicabut, kemudian mereka dipimpin oleh orang-orang yang tak berakal, kebanyakan manusia menyangka para pemimpin itu mempunyai pegangan, padahal sama sekali tidak demikian,"

(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

[Terkini : Sehingga 8pagi 16 Ogos 2013]

1. Dr Ahmed Arif, jurucakap rasmi Media Ikhwan Muslimin berkata kepada Obama : Rakyat Mesir mampu menjatuhkan Kudeta Tentera secara bersendirian (tanpa bantuan Amerika)

2. Polis menyerbu rumah Mohsen Radhi, pemimpin FJP di Qulyoubi, menyelongkar rumahnya dan mencuri wang, barang kemas isterinya serta memaki hamun keluarganya.

3. Polis juga telah menculik ahli Parlimen Hazem Farouq dan Ahmed El Ajezi, Setiausaha Agong FJP di Tanta.

4. Hari ini akan berlaku demonstrasi mega di Kaherah bermula di 28 masjid dan berkumpul di Medan Ramsis. Perhimpunan yang sama bakal berlaku di seluruh negeri di Mesir. Demonstrasi ini bertujuan untuk memecahkan kepungan Kudeta kepada Rakyat Mesir.

5. Sekarang sedang berlaku penangkapan besar-besaran ke atas pemimpin penentang Kudeta di seluruh Mesir sebelum berlakunya demonstrasi mega di Kaherah tengahari ini.

6. Kementerian Dalam Negeri Mesir telah menangkap beberapa orang waris mayat syuhada' (yang datang menuntut jenazah) di Masjid Iman, Makram Abid dan enggan menyerahkan jenazah tersebut kepada mereka.

7. Telah diisytiharkan 1071 syuhada' yang telah dikenalpasti nama mereka dalam tragedi pembunuhan di Rabiatul Adawiyah

Sumber : FJP

8/15/2013

SUMPAH MURSI PUNCA MESIR BERMANDI DARAH

 
SUMPAH MURSI PUNCA MESIR BERMANDI DARAH (MIN 0.51)

Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku…”; Al-Quran: al-Kaafiruun

GAMBAR2 & VIDEO2 TREGEDI MESIR BERDARAH















Berikan masa anda 1minit untuk
berDOA & aminkan untuk mesir,  
Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram!
 
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! 
bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.
 
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.
 
Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki 
mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
 
Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
 
Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.
Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
 
Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan
Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
 
Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
 
Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah! Kasihanilah saudara-saudara kami 
Ya Allah!
 Perkenankanlah Permintaan kami AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN