WakeUP project

9/10/2013

Malaysia layak ke final Pestabola Merdeka


 Highlight Malaysia vs Myanmar 

    Selepas mengutip tiga mata pertama ketika menewaskan Singapura 1-0 pada perlawanan pembukaan Sabtu lepas, Harimau Muda meneruskan rentang kemenangan ke atas Myanmar.


 Myanmar mendahului perlawanan pada minit ke-38 selepas percubaan oleh Nay Lin Tun ditepis oleh penjaga gol Malaysia, Izham Tarmizi yang kemudian terkena Zubir Azmi.

Jaringan Wan Zack Haikal berjaya membawa Malaysia B23 ke final Pestabola Merdeka
Malaysia mendapat beberapa peluang menjaringkan gol sebelum itu melalui Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal.

Pada minit ke-20, sepakan percuma Wan Zack terkena palang gol dan kemudian terlepas peluang tiga minit selepas itu.

Irfan Fazail menyamakan kedudukan untuk Harimau Muda pada minit ke-64 perlawanan apabila Junior Eldstal menanduk sepakan percuma Wan Zack dan Irfan Fazail terus menyumbat masuk gol.
Junior turut mendapat peluang sebelas minit kemudian namun rembatan kencangnya terkena palang.
Pada minit ke-78 Malaysia diberikan sepakan percuma yang telah disempurnakan dengan baik oleh Wan Zack yang seterusnya memberikan kemenangan 2-1 kepada pasukan tuan rumah.

No comments:

ALL POST