Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasaKegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..." |
Pages
WakeUP project
9/09/2013
Rahsia Warna-warna alam dalam waktu solat terbongkar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ALL POST
-
▼
2013
(225)
-
▼
September
(86)
- 24 Gambar Seni Jalanan
- 30 Perkara di ALAM MAHSYAR
- NEED FOR SPEED 2014 Movie Official Trailer HD
- 5 manfaat mandi pada tubuh Badan
- 15 Teknology ini telah wujud hari ini
- [PANAS] Kenaikkan Minyak Ron 95 kali ke-2 dalam ma...
- [video] Menari + Teknologi Lampu = Awesome Art dance
- Pernah tengok Pokok tenaga solar bercahaya???
- 7 gambar kreatif Seni Foto
- [Video] Layan Drif yang paling mantap dulu...
- PENAFIAN JAKIM BERHUBUNG ISU-ISU HALAL DI LAMAN SO...
- 14 Gambar karya Seni Cahaya Menarik di seluruh Dunia
- 8 Gambar Snow Wall di Jepun
- Pahala yang berterusan
- 12 Fakta yang buat anda Tersenyum
- 30 lampu paling unik dan kreatif untuk menerangi r...
- Membina Istana Di Syurga
- 13 Gambar Rumah abad ke-14 paling Moden di dunia
- Tentang berjabat tangan
- Hasil Seni Jalanan di Brazil
- Barcelona kekal rekod bersih
- [8 gambar] Karya Seni Gubahan yang sangat menarik
- Bukti Diam itu Penuh Hikmah
- Manusia -bermula - antara - akhir - dengan tangisan
- [8 Gambar] Sebuah Karya Seni bernama "Kerusi"
- [13 Gambar] hidupan liar diambil dengan camera ter...
- Kisah Anak Kecil Dan Seketul Batu
- [10 Gambar] Rumah Paling Sempit di dunia
- Ini Namanya Fractal Graphics [19 gambar]
- Kurma Makanan Ajaib
- 12 Gambar Origami yang super Fantastik
- Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!
- [Persoalan] Gambar atau lukisan?
- Adakah anda tau 26 fakta ini?
- Rahsia Disebalik TAHAJUD (SOLAT MALAM)
- 14 Gambar dari Dunia Dasar Laut
- Perang Akhir Zaman yang di sebut oleh Rasulullah
- [Video dan Gambar] Kisah Serta Bukti Kemusnahan Em...
- Pesan Roh Kepada Manusia
- PANTUN JEPUN
- Manusia , Malaikat , Syaitan ...
- Is not too late Because you still alive
- 19 TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...
- 8 Gambar Anakonda dalam Air
- Sebab Lain Kenapa Babi/Khinzir itu Haram
- Penangkapan Sindiket penipuan "cinta internet" war...
- 7 Amazing Blind People.
- [Persoalan] BENARKAH BUMI MENGELILINGI MATAHARI?
- Kerajaan Sementara Mesir Mengiktiraf Pencapaian Ek...
- 6 gambar sarang burung garuda
- Keputusan Penuh Liga Juara2 & gol2 pilihan
- kisah Doa yang dimakbulkan ALLAH SWT
- 20 Gambar Menarik seluruh dunia
- PANAS ::Vedio :: Tepung Malaysia Berbabi dan Berac...
- [ GEMPAR BUMI ] akan terus berlaku sampai hari Kiamat
- Berbau wangi tetapi...
- 5 Pakar-pakar ini memeluk Islam kerana...
- 9 gambar penyamaran hampir sempurna
- JAWAPAN SETIAP PERSOALAN
- 5 Gambar Restoran atas Air
- This puzzle is called Lateral Thinking
- Gambar-Gambar Engin diesel terbesar
- Guru hentak kepala pelajar
- 76 Dosa Besar yg Dianggap Biasa
- Corak unik didalam Nombor
- Sebab doa kita TIDAK dimakbulkan
- 7 gambar kereta kapal angkasa
- Siapakah "ORANG" itu???
- Kerusi untuk gergasi
- 20 Tips menghalang kecurian seperti yang diberi ol...
- 8 Persoalan Kitakah kita?
- Malaysia layak ke final Pestabola Merdeka
- Bila langit di awan mula mendung
- Rahsia Warna-warna alam dalam waktu solat terbongkar
- kisah lelaki dan juga wanita
- [Kelakar] Dialog SAM dan DOL yang samdol
- Apa Kepentingan Sujud yang kita tidak tahu???
- Hubungan Hitler & Islam yang kita tidak tahu
- RINGGIT MALAYSIA DULU KINI DAN AKAN DATANG
- MESTI TONTON :: Hari ini Seperti yang telah Rasulu...
- Jurutera cacat hasilkan bangunan terhebat.
- HARGA MINYAK DUNIA TURUN TAPI KENAPA MINYAK DI MAL...
- DEATH,GRAVE :: QURAN ANSWER by Syaikh Ahmed Sulaim...
- lionel messi hattrick vs valencia(1/9/2013)
- Mesut Ozil ke Arsenal & kaka kembali ke AC Milan
- Sekitar pabila Minyak Naik 20sen
-
▼
September
(86)
No comments:
Post a Comment