1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa
membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat
disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat
memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar
dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada
tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun
lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi
berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir
besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.
Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan
ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi
ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan
hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah
keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai
alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah
hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila
dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun
disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga
bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang
wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan
No comments:
Post a Comment