WakeUP project

9/18/2009

balik kampung....ho ho ho balik kampung...

salam lebaran kepada pembaca-pembaca blog hang lekir ini....

firstly lekir nk mintak seribu ampun dan maaf kepada semua pembaca-pembaca dan xlupa juga yang dok singgah-singgah kat blog lekir ini, kalau ade ayat-ayat lekir yang menyakitkan hari korang semua...

Di akhir-akhir Ramadhan ini lekir nak mengucapkan Selamat Hari Raya Kepada semua Muslimin dan Muslimat xkiralah untuk yang berpuasa cukup sebulan ataupun yang terpaksa/SENGAJA(insaf-insafkan lah diri anda) xpuasa cukup sebulan...

Kepada yang akan memandu semasa pulang ke kampung, sentiasalah memandu dengan berhati-hati,ingat orang-orang tersayang...dan yang menaiki kenderaan awam sila pastikan anda tidak ditinggalkan oleh bas....

Lekir akan pulang ke kampung pada petang ini selepas je waktu pejabat selesai...doakan perjalanan Lekir pulang dari SHAH AlAM ke KAMPUNG PARIT HAJI DOLLAH sentiasa dalam keadaan selamat ye kawan2 semua... Lekir Drive SAGA PUTIH sorang-sorang jer balik raya Kali ini, so klu ade sape-sape yang nak tumpang balik kampung berdekatan ngan perjalanan lekir ( kota kemuning - puncak alam - ijok -kuala selangor - tanjung karang-sekinchan - kg.kayan - ParitHajiDollah ) silalah segera menghubungi lekir (3 seat kosong lg kawan-kawan)....

dikesempatan ini juga lekir menjemput semua ke Rumah Lekir yg Terletak di Kampung Parit haji Dollah,Lekir 32020 Sitiawan Perak DR pada AIDILFITRI ini....
JANGAN LUPE MAI Tu BAWAK wet raya BANYAK-BANYAK (anak-anak saudara lekir ade 22orang semuanye)

Akhir kata...

Selamat hari Raya...
Maaf Zahir dan Batin....
drpd. HanG LekiR kpd Semua.....

9/17/2009

Tutup laman web waktu solat

Akhbar online Arab Saudi henti operasi 20 minit selama lima kali sehari

JEDDAH: Sebuah akhbar online tempatan di wilayah Hail mengambil langkah menutup laman webnya selama 20 minit setiap kali tiba waktu solat lima waktu.

Sekiranya pelawat memasuki laman Aen Hail ketika waktu solat, mereka akan menemui mesej 'Tutup bagi solat' dalam bahasa Arab selain kiraan waktu tamatnya masa rehat untuk solat di bahagian bawah laman.

Penutupan sementara itu yang bermula bulan ini adalah dilakukan secara automatik dan dikaitkan dengan waktu solat tempatan, kata pengarang online laman itu, Majid Al-Mismar. "Laman ini dibina dengan integrasi pada satu perisian yang menggantikan laman indeks dengan lain," katanya. "Kami percaya solat perlu diutamakan.

Akhbar elektronik akan tutup ketika waktu solat dan ia kembali semula selepas solat berakhir." Kebanyakan komen online memuji langkah diambil laman web itu menandakan sokongan mereka kepada sistem yang sama di seluruh negara di mana kebanyakan aktiviti komersial dihentikan sementara waktu ketika solat.

Profesor di Institut Kehakiman Tinggi Universiti Islam Muhammad ibn Saud dan juga ahli Akademi Fikah Islam Antarabangsa, Mohammed Al-Nojaimi, menyifatkan keputusan akhbar itu sebagai amat mulia. "Ia menggalakkan tabiat individu untuk bersolat pada waktunya," katanya.

Pendapat lain menyifatkan langkah itu sebagai hanya dari segi lahiriah. "Anda hanya memfokuskan kepada penampilan dan persembahan berbanding prinsip sebenar agama," kata satu komen yang dihantar kepada laman itu. "Bagaimana jika orang yang mahu melayari laman ini seorang bukan Islam?" tanya penulis kolum akhbar Al-AWatan, Amal Zahid dalam satu ruangan lidah pengarah yang disiarkan Jumaat lalu yang menyifatkan penutupan sementara ketika waktu solat tidak akan menggalakkan orang ramai untuk bersolat. "Bersolat adalah satu perbuatan agama yang mengaitkan manusia dengan Tuhan sepanjang hari. Menggalakkan orang bersolat pada masanya tidak akan dicapai hanya dengan menutup laman web. - Agensi

P/S - Bagus klu dilaksanakan di malaysia jugak ni...

9/11/2009

UteM's 5th convocation

kepada student-student UTeM yang bakal berkonvo pada 3/4 oct 2009 (termasuk aku) tahniah diucapkan...
so sila pastikan korang layari wesite UTeM untuk melaksanakan beberapa perkara wajib SEBELUM / SEMASA dan SELEPAS majlis KONVOKESYEN KELIMA INI
UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARI WEBSITE UTEM
JOM RAMAI-RAMAI KITA MERIAHKAN
KONVOKESYEN PERTAMA DI DEWAN DURIAN TUNGGAL

090909=bad day for me...

salam semua.
hp rosak(so abis wet kene beli hp baru) + keta kene calar + parking langgar tembok + tersangkut ngan jem kat KL + appointment ngan UniKL Deputy Presiden datang lambat = 09-09-09
sabar...sabar...sabar
besar sungguh dugaan pada tarih 09-09-09 ni...
btw lame jugak lekir xupdate blog ni kan....
kepada rakan-rakan muslimin dan muslimat semua lekir ucapkan selamat berpuasa n klu berbelanja untuk raya yg dah xlama lg tu berpada-pada tau...
last word = Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin...
sekian^-^