WakeUP project

9/18/2009

balik kampung....ho ho ho balik kampung...

salam lebaran kepada pembaca-pembaca blog hang lekir ini....

firstly lekir nk mintak seribu ampun dan maaf kepada semua pembaca-pembaca dan xlupa juga yang dok singgah-singgah kat blog lekir ini, kalau ade ayat-ayat lekir yang menyakitkan hari korang semua...

Di akhir-akhir Ramadhan ini lekir nak mengucapkan Selamat Hari Raya Kepada semua Muslimin dan Muslimat xkiralah untuk yang berpuasa cukup sebulan ataupun yang terpaksa/SENGAJA(insaf-insafkan lah diri anda) xpuasa cukup sebulan...

Kepada yang akan memandu semasa pulang ke kampung, sentiasalah memandu dengan berhati-hati,ingat orang-orang tersayang...dan yang menaiki kenderaan awam sila pastikan anda tidak ditinggalkan oleh bas....

Lekir akan pulang ke kampung pada petang ini selepas je waktu pejabat selesai...doakan perjalanan Lekir pulang dari SHAH AlAM ke KAMPUNG PARIT HAJI DOLLAH sentiasa dalam keadaan selamat ye kawan2 semua... Lekir Drive SAGA PUTIH sorang-sorang jer balik raya Kali ini, so klu ade sape-sape yang nak tumpang balik kampung berdekatan ngan perjalanan lekir ( kota kemuning - puncak alam - ijok -kuala selangor - tanjung karang-sekinchan - kg.kayan - ParitHajiDollah ) silalah segera menghubungi lekir (3 seat kosong lg kawan-kawan)....

dikesempatan ini juga lekir menjemput semua ke Rumah Lekir yg Terletak di Kampung Parit haji Dollah,Lekir 32020 Sitiawan Perak DR pada AIDILFITRI ini....
JANGAN LUPE MAI Tu BAWAK wet raya BANYAK-BANYAK (anak-anak saudara lekir ade 22orang semuanye)

Akhir kata...

Selamat hari Raya...
Maaf Zahir dan Batin....
drpd. HanG LekiR kpd Semua.....

1 comment:

Lang Legar said...

Selamat hari raya yob, maaf zahir batin..