Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung, mata dan sebagainya sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemahnya manusia ini. Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat contohnya, kita dapat mendengar, bercakap dan sebagainya.
Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
1) Nikmat bersifat fitri atau asasi, iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.
2) Nikmat mendatang, iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.
1) Nikmat bersifat fitri atau asasi, iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.
2) Nikmat mendatang, iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.
Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan kemudian diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur.” (Surah an-Nahl ayat 78)
“Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan kemudian diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur.” (Surah an-Nahl ayat 78)
Sesungguhnya manusia itu dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini. Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).
Nikmat yang kedua, iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya. Segala sesuatu yang ada di dalam alam ini, bermula daripada tanam-tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Allah kembali). Jika nikmat kesihatan diambil, barulah kita rasa bahawa sungguh nikmat mempunyai kaki yang tidak cacat contohnya.
Oleh itu, peliharalah setiap nikmat yang diperoleh. Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah supaya nikmat itu akan terus dikekalkanNya. Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur kepadaNya. Mereka juga akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil sahaja. Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Hal ini jelas dalam firmanNya surah an-Nahl ayat 144 yang bermaksud: “Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepadaNya.”
1 comment:
alhamdulillah..
Post a Comment