WakeUP project

10/29/2013

Pinggan yang mana satukah kita?

Andaikan 3 individu berbeza meminjam  sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan  bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus  meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan  asalnya.. 

Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh..  Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian  barulah ianya diletakkan di tempat yg  sepatutnya.. 

Individu ketiga pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada  nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain  menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina.. 

Begitulah  jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam  keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan  terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg  selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga.. 

Namun jika Kita  kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan  'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum  memasukkan Kita ke dlm syurga.. 

Tetapi jika Kita  kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak  dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan  teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang  hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai  lagi..

No comments:

ALL POST