WakeUP project

8/29/2008

UTeM...Parkson...Merdeka... Puasa dan Raya

Dalam kita bakal menempuh banyak tarikh-tarikh penting selepas ini, terasa tangan ini ingin memicit button-button keybord bagi menyampaikan ucapan dari lubuk hati diriku untuk rakan-rakan blogger semua.Untuk diriku disini plak cabaran belajar sambil berkerja dan berpuasa pula bakal ditempuhi buat kali pertama dalam hidupku.Di kesempatan ini aku nak mintak ampun dan maaf kalau ade salah dan silap. Selamat menyambut hari merdeka dan selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.Marilah kita menambah amal-amal soleh bagi bekalan di akhirat nanti.

Bagi diriku pula ketika ini merupakan titik permuaan bagi kebusyan tahap dewa bakal melanda.
Nak tahu sebab-sebabnya??? sila baca kronologi dibawah

1- Pada tarikh 26/08 yang lalu merupakan tarikh aku bermula menjadi pekerja separuh masa di Parkson.Dengan ini secara automatiknya status aku sebagai student UTeM sepenuh masa sebelum ini menjadi student setengah masa sahaja.

2-Esok pagi (30/08) aku kene ambik midterm test untuk subjuck Automation Industry. oleh hal demikian aku telah memontengkan diri sebagai pekerja pakson (kalau ikutkan aku kene masuk keje 5pm-10pm) demi untuk study.....konon-konon study la.

3-Pas abis test pagi esok aku akan menyambut malam 31/08 (Merdeka!!!merdeka!!!merdeka) nak lepak kat mane sambut merdeka ni???
amirul, nizam, riyard, zul & wani (budak-budak umah sewa merangkap BMFArian second batch) ade pape plaining x???

4-Selamat datang Bulan Mulia.(01/09)jom ramai-ramai kite g Terawih!!! Wah3x nampaknya aku akan berkerja sambil berpuasa plak kali ini...

5-Satu lagi subject yang aku ambik sem ini plak ade test pada (03/09).

6-tarikh 05/09???ape yang penting yer???ntah la....xpenting pon xyah korang susah-susah fikir

Selepas sebulan berpuasa kita akan meraikan hari kemenangan umat islam.
Selamat Hari Raya semua rakan-rakan blogger!!!

diatas perminatan seorang rakan blogger so dtg la no7

7-tarikh 15/09-birthday cik "farynnathewarriorprincess" nanti same2 kite wish kat die ek.nak tengok blog dia???jom..(http://farynna.blogspot.com/)

Hang LekiR

8/25/2008

cerita pendek

setelah hari ketiga berada dimelaka barulah diriku tetibe rajin untuk menghantar post yang baru di street of mylife ni. Klu korang nk tau agak banyak kali gak aku cube utk menulis tapi moodku seakan masih jauh ketinggalan sewaktu jasadku sudahpon berada di melake.

camne nk start posting ni tidak tau le(so aku hentam aje la ye,klu xbest bace jangan mare ye).....mungkin hatiku ini masih teringat kampungku yg aman tenteram kot.kalau diikutkan kata-kata kawanku yang bakal mengundi di permatang pauh esok "kat sini (permatang pauh) dah macam hari raya,ramai sangat manusia" dengan kata-kata itu aku memang dapat bayangkan keadaan kat sane memang sesangat HOT!!! dan telahpun mengatasi keHOTan hotfm radio.Papepun aku malas nk citer hal2 politik dalam blog ni, just aku wish selamat ngundi pade warga Permatang Pauh.


berbalik kepada Street of mylife...
actually kat bawah ni ade gambar rumahku.tempat aku dibesarkan bersama sepuluh adik beradikku yang lain(so aku yang no sebelas la ek??).familly besar la kiranyer and sebab itulah umah ini agak besar(umah kampung jer) .klu semua orang balik memang padat and teramatlah meriahnyer disebabkan anak-anak buahku yang buat bising.
klu korang nak tau family aku skrg ini berjumlah
abah+mak+11(adik-beradik)+10(abang dan kakak ipar) +21(anak2 saudara aku)=
44
nanti kalau ade kesempatan akan ku ceritakkan lebih detail tetang adik-beradikku macam cik raihan @manje yang dah mendetailkan familynyer dlm blognye (rujuk http://ryehannazz.blogspot.com/)


~rumahku syurgaku~

~rupa blogku dlm dopod abg cik aku~

kat kampung aritu, walaupon xde streamyx seb baik abg cik and kak cik aku ade balik kampung so leh gak aku kebas dopod abg cik aku utk jenguk blog street of my life aku yang dalam kelajuan siput (ye la umah aku xde 3G harapkan GPRS memamng camtu ler).


~aktiviti2 lain mase kat kg aritu~

  • jadi petani part time.
  • jalan-jalan pusing kampung.
  • malam2 dok umah tgk citer X-files season1 sampai arini x abis2 lg tgk.
  • makan lebih drpd 3 kali sehari
  • membute time hujan lebat
  • lepak ngan mbr2 yg lame xjumpe
  • xnak kuar ngan raihan waktu die ajak teman ambik ic(takut pakwe ko marah plak nanti)
  • layan msg2 ngan mbr2

tu aje kot nak tulis ye kawan2.....

nak tulis panjang2 xpandai lagi(al-maklumla blogger baru) so inilah cerita pendek tentang diriku.

kepada kawan-kawan blogger thanx a lot coz sapot kan arena blog ni, antar komen kat c.box kat posting2 and yang saje2 lawat tu pon terima kasih bebanyak...

posting ni pon tolong komen ekk.

majulah blogger untuk semua

HangLekiR

8/14/2008

perJaLaNAn KeKAmPunGkU [PeRaK] darI MeLaKA

sewaktu aku menulis post in sebenarnye aku sedang berada
d Kota kemuning Shah Alam Selangor.
kepada rakan2 blogger yg tercari-cari
kemanakah aku pergi semalam (selepas kul 4.oo ptg)
yang sebenarnya nyer aku sedang menuju ke kampungku di negeri Perak yang Tercinta....
semalam......
selepas aku menghantar asssignment industrial automation
ke bilik En Lokman Abdullah(pensyarah) kira-kira kul 3.30 petang....
selepas itu plak....
aku memulakan aktiviti pulang kekampung
(sebernarnya tetibe jer rancang)
settle jer kemas...
time tu beh kurang 4.40ptg..
mulalah perjalananku meninggalkan blok pangsapuri taman tasik utama
bersama-sama
nizamol (tukang antar ke Melaka Central)
setibanya aku d melaka central aku segera mencari tiket ke shah alam.
pada mulanya aku hampir2 kecewa kerana dimaklumkan tiket utk ke shah alam dah abis....
sewaktu mencari-cari tiket keesokan harinye (hari ini) ke shah alam aku bernasib baik kerana
rupa-rupanya ade lagi tiket ke shah alam kul 6.45ptg.
dalam bas
dok dalam bas cam biase la
aku just memegang handponku sambil2 menaip msg kepada family2 dan juga rakan2ku
(just g tau nk dtg shah alam) pastu aku dok tido jer la.....
sampai jer kat seksyen 18 shah alam aku turun kat depan umah abg anjangku.....
ikutkan planning asal nk g kota kemuning tapi dah lewat (dekat2 kul 9.30 dah mase tu) time tu bas dah xde (actually aku xcaripon)
dok umah abg anjangku
cam biasela pas jer salam2 aku pon terus jer melepak tengok tv..
sambil2 tu aku melantak memacam makanan kat umah abg aku tu.....
fuh kenyang perot aku.....
pastu aku pon tdo ngan perot yang agak penoh
harini
dari seksyen 18 aku ke kota kemuning (umah kak Uda )
klu dalam family akak aku yang inilah paling rapat ngan aku sebab mase cuti sem dulu2 aku selalu dok umah dia sambil wat keje part time...
dok lepak sambil borak-borak tu lah yang aku wat sepanjang tidak bersama dunia blogger ni.
mase aku tulis post ini
aku online skrg sebenarnye kat kedai mamak amear ehsan yg ade free Wi-Fi
so leh la aku kembali ke blog aku yg dah berusia 3 hari ini...
pasni destinasi aku yang seterusnya adalah......
--petaling jaya (umah kak co)
--taman tasik utama, rawang (umah kak young aku)
kene g same sebab nk repair computer....
maybe aku balik ke kampungku pada isnin 18 haribulan sampai 24 haribulan
dok kampong sambil cebak buah2 sawit kat sebelah umahku.
mase tu aku xbersame blog aku ni sebab xde tenet la...
so bercuti lah dengan tenang kat kampung....
untuk kawan2 blogger nk ucapkan selamat bercuti gak kat korang yg sedang bercuti ataupon bakal bercuti....
(shah, amerbordon ,zarin lang legar ,ryehanna, chokilala)
xlupe gak kat nizamol yg selalu wat kacau kat c.box aku tu gune nickname s15.
dgr citer dah wat blog..tul ke?
nanti link kan blog (change link) aku ni ekk...
abis sudah...
HanG LekiR

8/12/2008

2nD DaY di DuNia BLoG

Oleh kerana di hari ini aku xde kelas.....
So leh lah kirenye menambah sesuatu di blog baruku ini......
Terlebih dahulu nk ucapkan terima kasih bebanyak kat mbr2 bloggers semua yg melawat dan memberikan cadangan yg begitu bernas sekali tentang dunia blog.
kepada zarin, shah, ryhana,and amirul tq bebanyak coz bg info ttg camne nk bg blog cantik....
than,
for this 2nd day kat dunia blog
aku serba sedikit dahpon belajar tentang sesuatu yang baru tentang camne nak cantikkan blog...
xde la lepak2 kat umah asyik main fifa08 ngan riyad,nizam,wani and amirul.
walaupun kite selalu main fifa08 tapi still liga2 yg kite create tu xabis abis...
bile la nak abiskan ekk???
for esok ade asiggnment industrial automation.
so..
xleh la nak taip pepanjang sangat
(sebenarnyer xde idea dah..)
lastly..
for all my bloggers friends.
thanx alot coz sapoting me in this blogging world....
wish all d best 4 u all..
keep in touch
HanG lekIR
(~_+)

HeLLo 2 aLL

dikala diriku tgh kebosanan.....
tetiba suatu angin sepoi2 bahase telah memanggil diriku....
panggilan itu mengarahkan tanganku untuk membina blog ini.....
than.....

terhasillah blog ini ditarikh 12 august 2008...
pada jam laptopku tertulis waktu 1.26 am...

sesiape yg dh terer bab2 wat blog2 ni....
leh la kiranya sumbangkan
idea or
pendapat or
cadangan or
pape lagi lah yg bernas
and separa bernas utk diriku ini.....

sekian terima kasih...

yang benar...

HanG Lekir

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt..

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."