WakeUP project

8/05/2013

[Budak Hilang] Aisyah ditemui selamat di Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak, Wan Aisyah Wan Exzam,3, yang dilaporkan hilang di Rawang semalam telah ditemui semula, hari ini.

Wan Aisyah di serahkan di balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11:30 pagi tadi.
Menurut sumber, ibu kepada suspek yang diburu polis itu datang menyerahkan kanak-kanak tersebut.
Katanya, hasil temu bual dengan warga emas itu dia mengatakan bahawa anaknya 
menghilangkan diri sebaik menyerahkan Aisyah kepadanya.
"Wanita itu memberitahu kira-kira pukul 5 pagi anak lelakinya itu datang ke rumah 
mereka di Teluk Kumbar dengan kanak-kanak itu.

" Dia menyuruh ibunya menyerahkan Aisyah kepada pihak polis 
dan terus menghilangkan diri,"katanya.
Jelasnya lagi, pihak polis kini memburu suspek yang bernama 
Shahrizal Yusof, 43 bagi membantu siasatan.
 Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.
Katanya, kes ini akan di siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
"Kita telah menelefon ibunya seorang guru di Rawang untuk datang dan mengambil anak semula,"ujarnya. - KOSMO!

No comments:

ALL POST