WakeUP project

8/16/2013

Mesir berdarah Terkini : Sehingga 8pagi 16 Ogos 2013

Dari Abu Musa dari Nabi SAW yang bersabda : 

"Sungguh, menjelang terjadinya Kiamat ada masa-masa harj." 

Para sahabat bertanya :"Apakah harj itu?" 
Beliau bersabda : "Pembunuhan."

Mereka bertanya :"Apakah lebih banyak jumlahnya dari orang yang kita bunuh? Sesungguhnya kita dalam satu tahun membunuh lebih dari tujuh puluh ribu orang?" 
Beliau bersabda : "Bukan pembunuhan orang-orang musyrik oleh kalian itu, tetapi pembunuhan dilakukan oleh sebagian kalian terhadap sesamanya.

Mereka bertanya : "Apakah pada masa itu kami masih berakal?" 
Beliau bersabda, "Akal kebanyakan manusia zaman itu dicabut, kemudian mereka dipimpin oleh orang-orang yang tak berakal, kebanyakan manusia menyangka para pemimpin itu mempunyai pegangan, padahal sama sekali tidak demikian,"

(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

[Terkini : Sehingga 8pagi 16 Ogos 2013]

1. Dr Ahmed Arif, jurucakap rasmi Media Ikhwan Muslimin berkata kepada Obama : Rakyat Mesir mampu menjatuhkan Kudeta Tentera secara bersendirian (tanpa bantuan Amerika)

2. Polis menyerbu rumah Mohsen Radhi, pemimpin FJP di Qulyoubi, menyelongkar rumahnya dan mencuri wang, barang kemas isterinya serta memaki hamun keluarganya.

3. Polis juga telah menculik ahli Parlimen Hazem Farouq dan Ahmed El Ajezi, Setiausaha Agong FJP di Tanta.

4. Hari ini akan berlaku demonstrasi mega di Kaherah bermula di 28 masjid dan berkumpul di Medan Ramsis. Perhimpunan yang sama bakal berlaku di seluruh negeri di Mesir. Demonstrasi ini bertujuan untuk memecahkan kepungan Kudeta kepada Rakyat Mesir.

5. Sekarang sedang berlaku penangkapan besar-besaran ke atas pemimpin penentang Kudeta di seluruh Mesir sebelum berlakunya demonstrasi mega di Kaherah tengahari ini.

6. Kementerian Dalam Negeri Mesir telah menangkap beberapa orang waris mayat syuhada' (yang datang menuntut jenazah) di Masjid Iman, Makram Abid dan enggan menyerahkan jenazah tersebut kepada mereka.

7. Telah diisytiharkan 1071 syuhada' yang telah dikenalpasti nama mereka dalam tragedi pembunuhan di Rabiatul Adawiyah

Sumber : FJP

No comments:

ALL POST