WakeUP project

9/03/2013

Mesut Ozil ke Arsenal & kaka kembali ke AC Milan

Arsenal telah melengkapkan perpindahan pemain tengah Jerman, Mesut Ozi dengan jumlah yang dikatakan rekod kelab sebanyak 43 juta pounds dari Real Madrid.

Pemain berusia 24 tahun itu melengkapkan perpindahan sejumlah 50 juta euros pada hari Isnin selepas menjalani ujian medikal di Munich di mana dia kini bersama pasukan kebangsaan Jerman.

Sebelum kemenangan 1-0 ke atas Tottenham pada hari Ahad, Arsenal telah cuba untuk mendapatkan Gonzalo Higuain, Luis Suarez dan Yohan Cabaye dan semuanya tidak berjaya, tetapi akhirnya telah mendapatkan pemain bintang selepas menandatangani Yaya Sanogo dan Mathieu Flamini.
Wenger yakin perpindahan Gareth Bale ke Real Madrid akan memberi kesan 'domino' dan seterusnya membenarkan pemain seperti Ozil untuk berpindah di saat akhir.
Ozil akui dia tidak sabar untuk bekerjasama dengan Wenger di Emirate selepas menjadi pemain kedua termahal dalam Liga Perdana Barclays.
"Saya sangat teruja untuk menyertai Arsenal dan saya tidak sabar untuk beraksi dalam BPL," katanya.
"Ini sesuatu yang baik untuk saya sendiri sebagai pemain dan rasa bertuah untuk bekerja dengan Arsene Wenger.
"Dari rundingan kami, jelas kelab ini mempunyai cita-cita yang tinggi dan kami akan berusaha untuk masa depan yang baik."


Kaka akui dia gembira untuk kembali ke AC Milan selepas melengkapkan perpindahannya dari Real Madrid pada hari Isnin.

Pemain berusia 31 tahun itu pada minggu lepas telah mendedahkan bahawa dia ingin meninggalkan Bernabeu selepas empat tahun dan naib presiden Milan pantas membuat tawaran kepada pemain itu.
Kenyataan Milan mengatakan: "Adriano Galliani memeterai perjanjian untuk mengembalikan semula Kaka ke Milan antara jam 2.30 dan 3.00 pagi ini.
 
"Pemain itu telah ditawarkan kontrak yang tamat pada 30 Jun 2015."
 
Kaka tidak mendapat banyak peluang untuk beraksi di bawah Jose Mourinho dan kehadiran Gareth Bale tidak akan membantu situasinya sekarang.
 
Kaka berkata: "Empat tahu sudah berlalu dan kini saya kembali.
"Sedah dua minggu dan saya fikir jika saya dapat kembali, Milan adalah yang paling sesuai untuk saya.
 
"Beberapa hari lepas, saya telah bermimpi penyokong melaungkan nama saya di San Siro lagi."
 
-FoxSport-

No comments:

ALL POST