WakeUP project

9/06/2013

Apa Kepentingan Sujud yang kita tidak tahu???

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah 
yang tersembunyi ketika sujud. 

Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 
 
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika 
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. 
 
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir 
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 
 
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
 
Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur. 
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 
  • Melegakan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 
  • Meringankan bahagian pelvis. 
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 
  • Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 
  • Mengurangkan kegemukan. 
  • Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) 
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 
  • Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan  lingkungan bahagian belakang tubuh. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 
 
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran 
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan 
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. 
 
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang 
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan 
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. .

No comments:

ALL POST