WakeUP project

9/20/2013

[Persoalan] BENARKAH BUMI MENGELILINGI MATAHARI?

Atau inikah yang sebenarnya berlaku?
Telah beberapa generasi lamanya kita diberi pendidikan semenjak kanak-kanak, di dada-dada media, di bangku-bangku sekolah, di bilik-bilik kuliah peringkat univerisiti, sehinggalah ke peringkat profesional dengan pemahaman bahawa bumi mengelilingi matahari.

Pernahkah kita terfikir atau mengkaji dengan teliti sama ada ini merupakan teori yang dapat diterima kebenaran dan kesahihannya secara ilmiah? Atau sebaliknya, bahawa mataharilah yang mengelilingi bumi dan malah seluruh jasad di angkasa bertindak menglilingi bumi dengan menjadikan bumi sebagai pusat jagat raya di angkasa? 

Sehingga hari ini... bukankah pernyataan "Bumi mengelilingi matahari" masih hanya sekadar teori dan tiada kepastian yang pasti? YA, MASIH SEKADAR TEORI!!! Pernahkah ia benar-benar terbukti secara sainstifik dan pancaindera? Jawapannya... tidak pernah.

Kalau seandainya ia teori yang benar, mengapa setiap kiraan berkaitan angkasa oleh NASA dan konco2 nya yakni saintis-saintis sekular terpaksa dilakukan dengan anggapan bumi itu pegun atau statik? Dan tidak pula ia dilakukan kiraan atas teori bumi berputar? Aneh bukan?

Jadi apa pula pandangan Islam tentang perkara ini? Adakah Islam memiliki pandagannya yang tersendiri dalam perkara ini? Apakah al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi ada menyentuh soal ini?

Sebenarnya, ada banyak buku-buku yang sedang berada di pasaran boleh menyingkap dan membongkar pelbagai rahsia berkenaan perkara ini setelah sekian lama kita disogokkan dengan teori bumi mengelilingi matahari. InsyaAllah... perbahasan yang dibawakan dan dibentangkan melalui buku-buku ini adalah lebih sesuai dengan rujukan yang ilmiah mendahulukan al-Qur'an, as-Sunnah, serta perkataan para ulama Ahli Sunnah wal-Jama'ah yang berautoriti dari era awal Islam sehinggalah zaman ini.

Bayangkanlah, sekiranya bumi sentiasa bergerak dan berputar, berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara?

Pernahkan Allah menyatakan di dalam al-Qur'an bahawa bumi itu bergerak, atau sebaliknya Allah menyatakan yang bergerak adalah matahari, bintang, dan bulan? Sama-samalah kita menelitinya dengan saksama. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita di atas jalan yang lurus.

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" [Surah Yaasin : Ayat 38]

Soalan cepumas: Pernahkah kita jumpa di dalam Al Quran ayat yang menggambarkan bumi mengelilingi matahari? 

Saya bukanlah pakar tentang tafsiran dan terjemahan Al Quran... mungkin sebab tu saya belum lagi menemui mana-mana ayat yang mengatakan bumi bergerak mengelilingi matahari.

Kenyataan tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari duduk di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke 20. Juga terdapat teori yang mengatakan sambil bumi mengelilingi matahari, sistem matahari itu sendiri bergerak mengelilingi pusat galaksi bimasakti (milky way galaxy). Mmm... ntah la. 

Benarkah bumi mengelilingi matahari? Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat Saintis-Saintis Sekular... Kita percaya kerana sains kononnya telah membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli-ahli sains diseluruh dunia. Benarkah begini?

Kalau kita meneliti ayat 38 Surah Yaasin jelas menunjukkan bahawa matahari itu berputar dan berjalan. Tetapi untuk menolak teori bumi mengelilingi matahari adalah terlalu sukar. Sukar kerana kita tidak ada teknologi untuk membuktikan teori "mereka" itu salah. Itu adalah masalah yang sebenar. "Mereka" dakwa mereka merakam pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kita nak bantah dengan apa??? Siapa nak percaya cakap kita??? Tanpa bukti... kata "mereka". Walaupun gambar atau rakaman tadi boleh direka-reka spt dalam filem, semua itu boleh dibuat. Akhirnya cerita-cerita rekaan ini diterimapakai sebagai fakta?

Sejak 2500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari. 

Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menurut ajaran Islam, matahari mengelilingi bumi. Benarkah ini yang berlaku? Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad selepas itu tanpa sebarang bantahan. 

Sekitar abad ke 14 Masehi, tiba-tiba muncul pulak COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR tadi. Pihak Gereja pun pada mulanya menentang. Namun pendapat ini mula mendapat sokongan Gereja sekitar abad ke 16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER. Siapakah Kepler ini?

Ironinya, setelah pendapat matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk bumi mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda faham maksud saya ini!! Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke 14 itulah kuasa-kuasa Kristian yakni Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian melalui kitab Injil yang telah diubah-suai. Pada waktu itu bermulalah zaman pencerahan eropah (Rennaisance). Mereka memburuk-burukkan sarjana Islam sambil pada masa yang sama mencuri ilmu-ilmu dan mengaku pulak merekalah yang memulakan revolusi ilmu.


**Manakah yang benar ?

Sumber Cedokan: Pelbagai

No comments:

ALL POST