Goal ke3 yang paling epik!!!enjoy
PENYANDANG juara, Barcelona mengekalkan rekod bersih tanpa kalah saingan La Liga apabila menewaskan Real Sociedad 4-1 di Camp Nou, awal pagi tadi sekali gus membolehkan kelab bimbangan Gerardo Martino memimpin liga dengan 18 mata.
Beraksi di laman sendiri, kelab Catalan itu terlebih dulu merobek jaring pelawat menerusi Neymar pada minit ke-5 selepas menyudahkan hantaran rakan Alexis Sánchez.
Neymar turut menjadi penyumbang kepada jaringan kedua Barcelona apabila hantarannya disudahkan pemain kelahiran Argentina, Lionel Messi untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Pemain tengah, Sergio Busquets melebarkan jurang jaringan pada minit ke-23 sekali gus membolehkan tuan rumah selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, anak buah Jagoba Arrasate cuba bangkit menyaingi gergasi Eropah itu akhirnya berjaya merapatkan jurang jaringan menerusi permain pertahanan, Alberto De La Bella pada minit ke-64.
Namun Messi sekali lagi menjadi duri dalam daging Sociedad gerakannya membolehkan pertahanan Marc Bartra meledak gol keempat memadam terus kebangkitan pelawat untuk kedudukan akhir 4-1.
Sementara di Stadium Estadio Vicente Calderon, Atletico Madrid terus mengekori rapat Barcelona selepas menewaskan Osasuna, 2-1 hasil dua gol jaringan Diego Costa pada minit ke-18 dan 25 manakala pelawat merapatkan kedudukan pada minit ke-42 hasil jaringan penyerang, Oriol Riera.
Kemenangan itu membolehkan kelab kendalian Diego Simeone itu mengumpul 18 mata untuk berada di tempat kedua dibezakan dengan jumlah jaringan dengan pendahulu Barcelona.
Sumber
No comments:
Post a Comment