WakeUP project

7/11/2013

Messi dan Neymar di Malaysia

Barcelona akan ke Malaysia pada 10 Ogos ini untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya sebagai salah satu aksi pra-musim mereka.

Menurut penganjur perlawanan ini, Effendi Jagan Abdullah yang juga Pengarah BSC Soccer Sdn Bhd, khabar yang mengatakan kedua-dua pemain itu tidak akan hadir adalah tidak benar.
"Semua dari Barcelona akan berada di sini untuk menentang pasukan Malaysia pada 10 Ogos.
"Telah terdapat khabar angin, tetapi saya ingin mengesahkan bahawa Messi dan Neymar, bersama bintang-bintang yang lain semua akan ke Malaysia.

"Semestinya bergantung kepada kecergasan pemain samada cedera atau tidak. Itu diluar kawalan kami, tetapi setakat ini telah disahkan bahawa Barcelona akan menghantar skuad yang lengkap," tambah Effendi.

Beliau turut memberitahu bahawa penyokong di Malaysia juga boleh menghadiri sesi latihan terbuka pada 9 Ogos dimana tiket berharga RM25 boleh didapatkan secara online.

No comments:

ALL POST