Barcelona menjaringkan enam gol dalam babak pertama tetapi hanya mampu menambah satu lagi dalam babak kedua.
Neymar
dimasukkan lewat dalam babak kedua tetapi gagal mendapatkan gol, malah
telah dilayangkan kad kuning akibat mengasari pemain pertahanan Levante.
Cesc
Fabregas telah mencipta gerakan untuk lima dari tujuh gol yang
dijaringkan oleh Lionel Messi (dua), Pedro (dua), Alexis Sanchez, Dani
Alves dan Xavi.
Juara bertahan Sepanyol, Barca, hanya memerlukan tiga minit untuk mendapatkan gol pembukaan.
Xavi
memberi hantaran kepada Fabregas yang menyepak bola kepada Sanchez dan
penyerang itu hanya perlu menepis bola masuk untuk gol pembukaannya.
Messi
membuat keputusan 2-0 pada minit ke 12 dengan gerakan satu-dua dengan
Fabregas, yang mencipta gol ketiga apabila rembatannya melantun dari
Navas ke Alves dan beliau menyepak masuk bola dengan senang.
Pedro kemudian menerima hantaran Messi pada minit ke 26 sebelum merembat masuk gol keempat pasukannya.
Navas
cuba membuat beberapa halangan penting dari Messi dan Xavi tetapi
Adriano menghadiahkan pasukan tuan rumah tendangan penalti apabila
mengasari Pedro Lopez - Messi menyempurnakan gol keduanya pada minit ke
41.
Fabregas kemudian muncul dengan sentuhan penting dalam detik
terakhir babak pertama dan Xavi menyepak bola masuk untuk membuat
keputusan 6-0.
Fabregas mencipta gol terakhir pasukannya pada
minit ke 74 dan memberinya kepada Pedro untuk melengkapkan pesta gol di
padang sendiri.
Neymar Junio membuat penampilan pertama apabila menggantikan Alexis
pada minit ke 78 dalam perlawanan di mana Barcelona hanya mampu seri
dengan kelab dari Poland itu.
Neymar berkata: "Saya mempunyai
peluang untuk bertemu dengannya, dan beliau menyatakan bahawa beliau
telah meletakkan kepercayaan kepada saya."
kata Neymar, yang baru sahaja mula sesi latihan pada hari Isnin selepas cuti dari penyertaan dalam Piala Konfederasi.
Para
peminat belum berpeluang untuk menyaksikan Messi berganding bahu dengan
Neymar tetapi pemain Brazil itu masih teruja dan berkata: "Messi adalah
idola saya, saya bangga dapat bermain dengannya nanti."
Barcelona
juga akan cuba merangkul trofi Joan Gamper apabila menentang Santos
pada hari Jumaat nanti dan berkata: "Ia sedikit aneh, tetapi saya
menyarung jersi Barca dan saya akan membuat yang terbaik."
Barcelona akan ke Malaysia pada 10 Ogos ini untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya sebagai salah satu aksi pra-musim mereka.
Menurut penganjur perlawanan ini, Effendi Jagan Abdullah yang juga Pengarah BSC Soccer Sdn Bhd, khabar yang mengatakan kedua-dua pemain itu tidak akan hadir adalah tidak benar.
"Semua dari Barcelona akan berada di sini untuk menentang pasukan Malaysia pada 10 Ogos.
"Telah terdapat khabar angin, tetapi saya ingin mengesahkan bahawa Messi dan Neymar, bersama bintang-bintang yang lain semua akan ke Malaysia.
"Semestinya bergantung kepada kecergasan pemain samada cedera atau tidak. Itu diluar kawalan kami, tetapi setakat ini telah disahkan bahawa Barcelona akan menghantar skuad yang lengkap," tambah Effendi.
Beliau turut memberitahu bahawa penyokong di Malaysia juga boleh menghadiri sesi latihan terbuka pada 9 Ogos dimana tiket berharga RM25 boleh didapatkan secara online.